Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813

Thursday, 16 May 2013 by Umi Awanis

Garis Panduan Ubat-ubat dalam Islam

(Negara-negara anggota MABIMS iaitu
Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia,
Malaysia dan Singapura)

Definasi Hukum Syarak dan Ubat yang Halal

 

 Hukum Syarak

  •  Hukum syarak ertinya undang-undang (hukum) Ubat yang Islam yang bersumberkan AI-Quran, Hadis, Halal ljma dan Qiyas dengan berpandukan Mazhab Syafei atau undang-undang dalam mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali yang telah diterima pakai oleh negara-negara di mana Buku Garis Panduan ini digunakan. Mana-mana sahaja bahan ubat-ubatan yang ada disebut menurut salah satu sumber di atas samada ia Halal atau Haram, maka ia menjadi hukum syarak atau undang-undang Islam.

 

Definisi Ubat
  •  Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan taraf kesihatannya.
  • Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara dan bentuk. Ubat bukan saja boleh dimakan atau diminum seperti lazimnya, tetapi boleh digunakan dengan berbagai cara seperti melalui dubur (supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit, disapu/dioleskan dan sebagainya.
  •  Pada umumnya semua ubat mempunyai risiko apabila digunakan. Namun begitu mengikut penilaian saints risikonya adalah dianggap sedikit berbanding dengan munafaat yang dapat diperolehi dari segi kesihatan. Salah gunaan ubat timbul apabila ubat tersebut digunakan untuk tujuan selain daripada tujuan perubatan yang dinyatakan di atas dan menyebabkan risiko ubat menjadi lebih tinggi daripada kesan kebaikannya.

 


Definisi Ubat Yang Halal

  • Ubat-ubatan yang halal (atau perkataan yang semakna dengannya) bukan sahaja mesti menepati definisi ubat seperti yang telah diterangkan tetapi sebagai tambahan mesti menepati ciri-ciri berikut:

    •  Bukanlah terdiri dari atau mengandung bahan dari haiwan yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak menggunakannya atau memakannya ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak.
    • Tidaklah mengandung bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
    • Tidak disedia, diproses, dikilang atau di simpan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari bahan-bahan najis mengikut hukum syarak.
    • Tidaklah, apabila menyedia, memproses, mengilang atau menyimpannya itu, bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) ataupun apa-apa bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
    • Tidaklah, apabila digunakan dengan sengaja, boleh mendatang kesan-kesan yang boleh membahayakan.

  •  Definisi ini boleh diperluaskan kepada manamana definisi yang difikirkan perlu dan sesuai dengan kepentingan negara masing-masing.

 

Sumber Ubat
  • Pada umumnya sumber ubat boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok, ialtu sumber manusia, sumber haiwan, sumber tumbuhan, sumber tanah dan air. Sumber-sumber ini sering digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang boleh dimunafaatkan sebagai ubat. Namun begitu meialui teknologi moden pada masa ini, kebanyakan ubat menggunakan bahan sintatik.
  •  Pada dasarnya untuk sesuatu ubat itu dikelaskan sebagai ubat yang haial, bukan sahaja sumber-sumber yang digunakan sebagai bahan ubat mestilah halal seperti yang diterangkan di bawah, malah bahan-bahan itu sendiri mesti suci dari najis mengikut hukum syarak serta digunakan untuk tujuan perubatan yang sah.

    1. Sumber Manusia
      • Sumber ubat dari manusia adalah haram digunakan, kecuali dalam keadaan perlu dan tidak ada pilihan.
      • Bahan-bahan ubat yang terbit dari sumber manusia selalunya melibatkan zat-zat tertentu seperti hormon, serum, imunoglobulin dan sebagainya yang diambil dari tubuh manusia.
                2.   Sumber Haiwan Darat dan Air
      • Semua haiwan darat dan air yang haial dimakan dapat dijadikan bahan ubat.
      • Sumber ubat dari haiwan darat dan air yang haram dimakan adalah najis kecuali dalam keadaan perlu dan tidak ada pilihan.
                 3.   Sumber Tumbuh-Tumbuhan Dan Mikro-organisma
      • Sumber tumbuh-tumbuhan dan mikro-organisma di darat dan di air, hasilnya adalah halal
        digunakan, kecuali yang beracun dan berbahaya.
                  4.   Sumber Tanah Dan Air

      • Semua sumber tanah dan air dan hasilnya (termasuk bahan-bahan galian) adalah halal digunakan kecuali yang beracun dan berbahaya.
                  5.   Sumber Sintatik

      • Terbitan Sintatik
      • Bahan ubat yang dihasil-kan cara sintatik adalah halal kecuali yang beracun, berbahaya dan
        bercampur dengan bal-ian-bahan yang najis.

 

Sumber Eksipien
  • Eksipien adalah bahan tambahan yang diguna untuk memproses sesuatu bentuk/jenis ubat, contohnya kanji, kulit kapsul, pelarut, gula, pewarna, perasa, pengawet dan lain-lain.
  • Bahan-bahan eksipien adalah halal jika tidak mengandung bahan-bahan yang najis, haram, beracun dan berbahaya.
  • Tidak ada pengecualian dalam penggunaan bahan-bahan eksipien tersebut.

 

Penjelasan Mengenai Pengecuallan Dalam Penggunan Ubat-Ubatan
  • Bahan-bahan yang haram dan najis adalah dilarang digunakan sebagai ubat. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan.

No comments :

Post a Comment

010813_Lazada_HAP_468x60_Set3