Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813
Showing posts with label Untuk Wanita. Show all posts
Showing posts with label Untuk Wanita. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013 by Umi Awanis

Cerita Tentang Wanita Masalah Keputihan Vitamin Shaklee Membantu

Apa itu keputihan?
 
Masalah keputihan ialah lelehan daripada faraj adalah agak biasa bagi ramaiwanita dan kadangkala ianya suatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Keputihan mungkin normal apabila berlaku perubahan hormon dalam badan mengikut kitaran haid yang kita alami. Apabila hormon estrogen naik tinggi, maka keputihan akan berlaku seperti sebelum haid. Mengandung juga boleh menyebabkan keputihan berlebihan. Selain itu, perasaan ghairah juga boleh meyebabkan keputihan yang banyak/excessive discharge.

    Masanya keputihan yang tidak normal adalah seperti berlakunya jangkitan kuman di kawasan faraj, ada benda asing memasuki dalam faraj, penggunaan sabun/feminine wash/ sabun pada pakaian, ubat-ubatan (termasuk ubat tradisional), ketumbuhan pada pangkal rahim atau barah, ataupun perbuatan memasukkan alat-alat ataupun jari-jemari yang tidak bersih ke dalam kawasan faraj tersebut. 

Penjagaan 

    Kawasan faraj adalah zon yang sensitif baik dari segi sensori mahupun di segi keperluan jagaan yang rapi. Faraj tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya dan ianya perlu dijaga dengan baik. Di samping itu, sunnah bagi ummat Islam adalah mencukur bulu kemaluan kita (kawasan faraj dan di dubur) setiap bulan. Ini suatu amalan yang baik kerana kadangkala mungkin cebisan najis masih melekat pada bulu-bulu kawasan kemaluan tanpa disedari hingga boleh menyebabkan jangkitan. Pakaian dalam yang sedang dibasuh hendaklah dibilas dengan sebaiknya hingga keluar semua kotoran dan bahan pencuci dan pelembut kain. 

     Cara mencuci faraj adalah perlu di basuh dari depan ke belakang iaitu menjirus atau mengelap faraj anda dari bahagian pangkal atas menuju ke bahagian bawah. Jangan diulang lagi melainkan menggunakan tisu yang baru. Jika mencuci menggunakan tangan, hanya cuci di kawasan faraj sahaja. Ini untuk mengelakkan tisu atau jari-jemari berkenaan terkena kawasan dubur yang dipenuhi berbagai bakteria yang, jika ia termasuk ke kawasan faraj, akan menimbulkan jangkitan dan sakit yang amat sangat. Oleh itu elok jika kedua-dua alat sulit ini dibasuh berasingan terlebih dahulu, umpamanya selepas membuang air besar, dengan memastikan keseluruhan kawasan itu dibersihkan daripada najis. Pastikan jari telah disabunkan dan dicuci dengan bersih sebelum mencuci kawasan faraj pula.



Tips Mengawal Keputihan:


  1. Pastikan Faraj sentiasa kering selepas masuk ketandas
  2. Elakkan memakai panties yang ketat dan sebaiknya gunakan panties Jenis cotton
  3. Amalkan membasuh faraj dari depan ke kebelakang.
  4.   Elakkan menggunakan sabun untuk membersihkan faraj kerana sabun boleh mengubah pH normal faraj. 
  5. Jika menggunakan panties liner, tukar sekerap mungkin dan elakkan menggukan panties liner yang berbau wangi
  6. Bagi yang mempunyai masalah keputihan boleh mengambil suplement untuk membantu mengurangkan masalah keputihan iaitu Alfalfa Shaklee
Nak tahu kebaikan Alfalfa Shaklee?

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan

Masalah keputihan



Vitamin Semulajadi
 

Monday, 10 June 2013 by Umi Awanis

VITAMIN IBU MENYUSUKAN BAYI


Set vitamin ibu menyusu ini diperkenalkan bersesuaian dengan keperluan setiap ibu dan anak. Ibu sihat, cergas dan ceria dengan vitamin ibu menyusu, si ibu dapat menghasilkan pengeluaran susu ibu yang optima dan lebih pekat dan berkhasiat sesuai dengan keperluan bayinya dengan tenang dan gembira. Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.

   Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

  Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan  pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.

SET B (BASIC BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU ASAS)



 


Set ini sesuai untuk ibu yang tiada masalah penyusuan vitamin. Shaklee ini hanya untuk membantu ibu lebih sihat dan cergas dan memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi. Set terhasil dari gabungan Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C 500 mg dan Alfalfa Complex.

Bersesuaian untuk ibu-ibu yang tiada masalah penyusuan tetapi ingin menambah keperluan nutrisi kepada ibu dan anak seperti B-Complex lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vita-C 500mg fokus kepada imun sistem, Vita-Lea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa Complex sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu di samping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


SET E (OPTIMUM BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU OPTIMUM)



Set E ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C, Ostematrix (kalsium dan magnesium) dan Alfalfa Complex. Ada ibu-ibu menyusu di luar sana yang tak lalu nak minum susu kan? Kalsium SHAKLEE lebih dikenali dengan nama OsteMatrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. 

Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 



SET 3M (PREMIUM BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU PREMIUM) – highly recommended




Set 3M mengandungi Set B iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium), Alfalfa Complex  dan ESP- Soy Protien Shaklee. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku).

Set ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation'dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Vitamin Semulajadi
 

Friday, 17 May 2013 by Umi Awanis

Kolagen Shaklee Membantu Mengekalkan Keremajaan

     
Nak kelihatan muda dari usia, kolagen adalah permulaan yang baik untuk di cuba. Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan berfungsi menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini. 

    Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

      Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
     Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

    Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN



     Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

     Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


FUNGSI KOLAGEN


  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik




KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN


  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf



TANDA TANDA PENUAAN


  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

Sebarang pertanyan dan NAK DAPAT HARGA TERBAIK sila PM saya di:

Vitamin Shaklee Vitamin semulajadi

Wednesday, 8 May 2013 by Umi Awanis

VItamin Shaklee Mengandungi Kebaikan Lecithin Kacang Soya

Soy lecithinVitamin kacang soya

    
     Memakan makanan yang sihat adalah ditutut di dalam kehidupan kita. Menjaga pemakanan yang seimbang adalah yang terbaik, tetapi dizaman membangun ini kita kesuntukan dalam meneruskan tugas-tugan harian menjadi ibu, isteri dan tuntutan pekerjaan. Makanan tambahan atau vitamin perlu untuk kita menjaga tubuh kita agar sentiasa  bertenaga dan cergas. Hari ini kita berkongsi maklumat mengenai LECITHIN. Lecithin adalah terdiri daripada asid lemak tak tepu, choline dan fosforus dan kaya dengan lesitin. Menggunakan proses yang bersesuaian boleh mengekalkan tahap yang tinggi lesitin soya dalam produk siap. Perbezaan cara pemperosesan membezakan kandungan lesitin dalam makanan soya berbeza. 
 
     Lecithin merupakan komponen penting dalam sel-sel manusia dan tisu terutamanya hati dan sistem saraf pusat. 1% daripada berat badan manusia terdiri oleh lesitin dan lesitin yang dianggap sebagai asas pembentukan tisu dan organ-organ. Organ-organ yang kaya dengan lesitin termasuk otak, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu yang lain. Beberapa kajian saintifik telah menunjukkan bahawa lesitin mungkin membantu dalam melambatkan proses penuaan, meningkatkan pembangunan janin dan meningkatkan memori dalam kanak-kanak. Oleh itu, ia telah dianggap "Makanan untuk Otak". Lesitin soya juga menunjukkan kesan-kesan positif ke atas penurunan kolesterol, berat badan dan dalam pencegahan 

hati berlemak.
 
Berapa banyak yang diperlukan?    Tidak ada mana-mana garis panduan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam pengambilan harian yang disyorkan pada lesitin. Untuk kesihatan dan anti-penuaan, pengambilan harian 4-7 5g lecithin adalah jauh mencukupi. Walau bagaimanapun, jika adalah untuk kegunaan terapi, dos sekurang-kurangnya 8g - 15g setiap hari. Tiada kesan sampingan di kesan.    Penggunaa lesitin soya membantu untuk menghilangkan toksin dari badan. Reaksi biasa termasuk rasa panas, pening dan kulit gatal-gatal adalah perkara biasa dan tidak perlu bimbang.


Sebarang pertanyan dan NAK DAPAT HARGA TERBAIK sila PM saya di:



Vitamin Semulajadi

 Tambah Ilmu Anda:

Monday, 29 April 2013 by Umi Awanis

Panduan Menjaga Payudara


  1. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.
  2. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh  mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.
  3. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas. 
  4. Periksa payudara anda. Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor. 
  5. Jauhi pembedahan.Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.  
  6. Menjaga kebersihan payudara. Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting. 
  7. Jangan ramas payudara anda. Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.
    panduan menjaga payudara

Set Ibu Mengandung Shaklee Memberi Tenaga Kepada Ibu dan Zat Untuk Baby

Tahniah kepada ibu-ibu hamil tetapi anda tetap cergas, ketika hamil badan menjadi letih, lesu, muka pucat disini ada di sediakan set cadangan utk ibu hamil mengikut keperluan si ibu. 
 
TRIMESTER I
  



  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala dan mengandungi acid folic.
  • Ostematrix (Kalsium) : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi
  • Vita-Lea (Multivitamin dengan zat besi) : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 
  • Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi




 TRIMESTER II






  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala dan mengandungi acid folic.
  • Ostematrix (Kalsium) : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi
  • Vita-Lea (Multivitamin dengan zat besi) : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 
  • Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi 
  • Omega : Membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke 4 kehamilan 

vitamin ibu mengandung
 

Friday, 26 April 2013 by Umi Awanis

Set Vitamin Sahklee Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi




Vitamin Semulajadi
      Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Shaklee merupakan makanan tambahan. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu. Ini memang benar-benar terjadi dan diakui oleh ramai yang mengamalkan vitamin dalam penyusuan.


Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
     Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 

B Complex 
    Dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), ianya membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..) secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 

Vitamin C 
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 

Energizing Soy Protein (ESP) 
    Protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.

Pembangunan bayi
     Bayi memerlukan keseimbangan Omega-3 asid lemak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Pakar pemakanan telah mengeluarkan cadangan untuk setiap jenis Omega-3 asid lemak dalam formula bayi dan makanan. Menurut cadangan ini, pengambilan EPA untuk bayi pada diet formula hendaklah tidak kurang daripada 0.1%.

  
      Omega-3 asid lemak, termasuk EPA, juga mungkin mempunyai kesan positif ke atas paru-paru dan penyakit buah pinggang, diabetes jenis 2, obesiti, ulser kolitis, penyakit Crohn, anorexia nervosa, terbakar, osteoartritis, osteoporosis, dan peringkat awal kanser kolorektal.






 
Alfalfa 
    Ianya membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan secara automatik kesan baik pd baby. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. 

vitamins for baby


Sunday, 14 April 2013 by Umi Awanis

Berpuasa Tetap Bertenaga

Berpuasa tetapi tetap bertenaga bila menggunakan Energizing Soy Protein.




Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yqng berkualiti tinggi.

     Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang scara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya asid amino. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 


  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.


Protien Soya

Saturday, 6 April 2013 by Umi Awanis

Peppermint-Ginger Plus

Nyaman dan Melegakan


     Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

     Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Halia

    Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.


     Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis. 


  

     Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada

010813_Lazada_HAP_468x60_Set3