Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813
Showing posts with label Wanita Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Wanita Mengandung. Show all posts

Monday, 10 June 2013 by Umi Awanis

VITAMIN IBU MENYUSUKAN BAYI


Set vitamin ibu menyusu ini diperkenalkan bersesuaian dengan keperluan setiap ibu dan anak. Ibu sihat, cergas dan ceria dengan vitamin ibu menyusu, si ibu dapat menghasilkan pengeluaran susu ibu yang optima dan lebih pekat dan berkhasiat sesuai dengan keperluan bayinya dengan tenang dan gembira. Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.

   Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

  Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan  pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.

SET B (BASIC BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU ASAS)



 


Set ini sesuai untuk ibu yang tiada masalah penyusuan vitamin. Shaklee ini hanya untuk membantu ibu lebih sihat dan cergas dan memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi. Set terhasil dari gabungan Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C 500 mg dan Alfalfa Complex.

Bersesuaian untuk ibu-ibu yang tiada masalah penyusuan tetapi ingin menambah keperluan nutrisi kepada ibu dan anak seperti B-Complex lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vita-C 500mg fokus kepada imun sistem, Vita-Lea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa Complex sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu di samping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


SET E (OPTIMUM BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU OPTIMUM)



Set E ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C, Ostematrix (kalsium dan magnesium) dan Alfalfa Complex. Ada ibu-ibu menyusu di luar sana yang tak lalu nak minum susu kan? Kalsium SHAKLEE lebih dikenali dengan nama OsteMatrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. 

Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 



SET 3M (PREMIUM BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU PREMIUM) – highly recommended




Set 3M mengandungi Set B iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium), Alfalfa Complex  dan ESP- Soy Protien Shaklee. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku).

Set ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation'dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Vitamin Semulajadi
 

Monday, 3 June 2013 by Umi Awanis

Ibu Cergas Anak Sihat

    Assalamualaikum....


Vitamin Shaklee Semulajadi
 Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi anda mesti keletihan dan lesu dalam kerja seharian. Apa lagi nak menjaga bayi, suami dan anak-anak lain. Ibu juga perlu memakan makanan yang sihat dan bersenam untuk kekal sihat dan bertenaga. Berita baik untuk ibu-ibu Shaklee ada produk yang akan membekalkan tenaga dan melancarkan penyusuan . 

Produk ESP atau nama sebenar Energizing Soy Protien (Shaklee ESP) mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Apa kelebihan ESP ? Mari kita Lihat:
  1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
  2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protin akan diambil dr dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup.
  3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP.  

Kepada ibu-ibu kita juga perlu melakukan beberapa perkara untuk kebaikan badan dan meningkatkan penghasilan susu ibu.

 
1- Pam susu secara konsisten 2-3jam sekali, dengan setiap sesi mengepam 15-20 minit pada kedua-dua belah breast
2- Minum air kosong minimum 3liter sehari

3- Mencari punca susu semakin berkurangan

4- Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bergerak (bersenam)



Vitamin Shaklee

Wednesday, 8 May 2013 by Umi Awanis

VItamin Shaklee Mengandungi Kebaikan Lecithin Kacang Soya

Soy lecithinVitamin kacang soya

    
     Memakan makanan yang sihat adalah ditutut di dalam kehidupan kita. Menjaga pemakanan yang seimbang adalah yang terbaik, tetapi dizaman membangun ini kita kesuntukan dalam meneruskan tugas-tugan harian menjadi ibu, isteri dan tuntutan pekerjaan. Makanan tambahan atau vitamin perlu untuk kita menjaga tubuh kita agar sentiasa  bertenaga dan cergas. Hari ini kita berkongsi maklumat mengenai LECITHIN. Lecithin adalah terdiri daripada asid lemak tak tepu, choline dan fosforus dan kaya dengan lesitin. Menggunakan proses yang bersesuaian boleh mengekalkan tahap yang tinggi lesitin soya dalam produk siap. Perbezaan cara pemperosesan membezakan kandungan lesitin dalam makanan soya berbeza. 
 
     Lecithin merupakan komponen penting dalam sel-sel manusia dan tisu terutamanya hati dan sistem saraf pusat. 1% daripada berat badan manusia terdiri oleh lesitin dan lesitin yang dianggap sebagai asas pembentukan tisu dan organ-organ. Organ-organ yang kaya dengan lesitin termasuk otak, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu yang lain. Beberapa kajian saintifik telah menunjukkan bahawa lesitin mungkin membantu dalam melambatkan proses penuaan, meningkatkan pembangunan janin dan meningkatkan memori dalam kanak-kanak. Oleh itu, ia telah dianggap "Makanan untuk Otak". Lesitin soya juga menunjukkan kesan-kesan positif ke atas penurunan kolesterol, berat badan dan dalam pencegahan 

hati berlemak.
 
Berapa banyak yang diperlukan?    Tidak ada mana-mana garis panduan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam pengambilan harian yang disyorkan pada lesitin. Untuk kesihatan dan anti-penuaan, pengambilan harian 4-7 5g lecithin adalah jauh mencukupi. Walau bagaimanapun, jika adalah untuk kegunaan terapi, dos sekurang-kurangnya 8g - 15g setiap hari. Tiada kesan sampingan di kesan.    Penggunaa lesitin soya membantu untuk menghilangkan toksin dari badan. Reaksi biasa termasuk rasa panas, pening dan kulit gatal-gatal adalah perkara biasa dan tidak perlu bimbang.


Sebarang pertanyan dan NAK DAPAT HARGA TERBAIK sila PM saya di:



Vitamin Semulajadi

 Tambah Ilmu Anda:

Monday, 29 April 2013 by Umi Awanis

Panduan Menjaga Payudara


  1. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.
  2. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh  mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.
  3. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas. 
  4. Periksa payudara anda. Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor. 
  5. Jauhi pembedahan.Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.  
  6. Menjaga kebersihan payudara. Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting. 
  7. Jangan ramas payudara anda. Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.
    panduan menjaga payudara

Set Ibu Mengandung Shaklee Memberi Tenaga Kepada Ibu dan Zat Untuk Baby

Tahniah kepada ibu-ibu hamil tetapi anda tetap cergas, ketika hamil badan menjadi letih, lesu, muka pucat disini ada di sediakan set cadangan utk ibu hamil mengikut keperluan si ibu. 
 
TRIMESTER I
  



  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala dan mengandungi acid folic.
  • Ostematrix (Kalsium) : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi
  • Vita-Lea (Multivitamin dengan zat besi) : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 
  • Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi




 TRIMESTER II






  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala dan mengandungi acid folic.
  • Ostematrix (Kalsium) : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi
  • Vita-Lea (Multivitamin dengan zat besi) : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 
  • Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi 
  • Omega : Membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke 4 kehamilan 

vitamin ibu mengandung
 

Friday, 26 April 2013 by Umi Awanis

Set Vitamin Sahklee Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi




Vitamin Semulajadi
      Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Shaklee merupakan makanan tambahan. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu. Ini memang benar-benar terjadi dan diakui oleh ramai yang mengamalkan vitamin dalam penyusuan.


Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
     Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 

B Complex 
    Dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), ianya membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..) secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 

Vitamin C 
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 

Energizing Soy Protein (ESP) 
    Protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.

Pembangunan bayi
     Bayi memerlukan keseimbangan Omega-3 asid lemak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Pakar pemakanan telah mengeluarkan cadangan untuk setiap jenis Omega-3 asid lemak dalam formula bayi dan makanan. Menurut cadangan ini, pengambilan EPA untuk bayi pada diet formula hendaklah tidak kurang daripada 0.1%.

  
      Omega-3 asid lemak, termasuk EPA, juga mungkin mempunyai kesan positif ke atas paru-paru dan penyakit buah pinggang, diabetes jenis 2, obesiti, ulser kolitis, penyakit Crohn, anorexia nervosa, terbakar, osteoartritis, osteoporosis, dan peringkat awal kanser kolorektal.






 
Alfalfa 
    Ianya membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan secara automatik kesan baik pd baby. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. 

vitamins for baby


Saturday, 6 April 2013 by Umi Awanis

Berapa Banyak Vitamin C Adakah Cukup Untuk Badan



     Kebanyakan kajian menggunakan 500 miligram harian vitamin C untuk mencapai keputusan kesihatan. Itu jauh lebih tinggi daripada RDA 75-90 miligram sehari untuk orang dewasa. Jadi, melainkan anda boleh makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mungkin perlu mengambil makanan tambahan pemakanan vitamin C untuk mendapatkan semua faedah. Cadangkan mengambil 500 miligram sehari, di samping untuk makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.     Walaupun cawan jus oren atau setengah cawan lada merah akan cukup untuk memenuhi RDA anda untuk Vitamin C, di sini adalah semua makanan dan minuman yang anda perlukan untuk mengambil untuk mencapai 500 miligram (mg):
  •     Jus tomato, 1 cawan: 45mg
  •     Tembikai, 1 cawan (8 auns): 59mg
  •     Jus oren, 1 cawan: 97mg
  •     Brokoli, masak, 1 cawan: 74mg
  •     Kubis merah, 1/2 cawan: 40mg
  •     Lada hijau, 1/2 cawan, 60mg
  •     Lada merah, 1/2 cawan, 95mg
  •     Kiwi, 1 sederhana: 70mg

Friday, 5 April 2013 by Umi Awanis

Lecithin


    Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

    Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.



 Kebaikan kolina 

 Choline atau Kolina adalah asid amino, yang boleh melindungi otak sepanjang hayat – dari usia dalam rahim hingga sangat tua. Malah, jika ibu mengambil Kolina yang cukup untuk keperluan otak janinnya, Anak akan menikmati jangka hayat intelek yang unggul dan tidak perlu bimbang tentang ingatan menurun.

    Banyak kajian telah menunjukkan bahawa fungsi kognitif yang lebih baik dan istimewa disebabkan oleh suplemen Kolina di peringkat janin dan neonatal berterusan sehingga dewasa. Sebaliknya, kekurangan Kolina pranatal dikaitkan dengan kesan dalam pembelajaran dan ingatan yang berterusan sepanjang hayat.

    Dalam ringkasan, Kolina adalah penting, tetapi nutrien yang kurang dikenali. Ia penting bagi penyelenggaraan kesihatan neurologi dan metabolik. Keperluan ibu meningkat dengan ketara semasa mengandung dan penyusuan. Berhati-hati perlu diambil untuk memilih vitamin persediaan ibu sebelum dan selepas bersalin yang mengandungi suplemen Kolina.


 

Vitamin B Complex Shaklee




    Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B yang Lengkap dan Seimbang


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. 

    Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Kebaikan Vitamin B

    Vitamin B adalah bahagian penting daripada diet dan diperlukan untuk membantu  mengelakkan banyak masalah kesihatan. Tetapi, tidak ada bukti yang cukup saintifik untuk tahu sama ada vitamin B boleh mengurangkan risiko kanser.


Untuk meningkatkan pengambilan vitamin B kompleks, termasuk makanan berikut dalam diet anda:
  •      bijirin dan bijirin (sumber B1, B2, dan B3)
  •      sayur-sayuran berdaun hijau (sumber B2 dan B9)
  •      telur (sumber B7 dan B12)
  •      ayam (sumber B3, B6, dan B12)
  •      buah-buahan sitrus (sumber B9)
  •      kacang (sumber B3 dan B9)
  •      kacang (sumber B1 dan B2)
  •      pisang (sumber B6 dan B7)

Vitamin B5 yang terdapat dalam hampir semua makanan.

Tuesday, 2 April 2013 by Umi Awanis

ESP - Soy Protein Isolate Powder


     Protein adalah molekul biologi yang besar yang terdiri daripada satu atau lebih rantaian asid amino. Protein melaksanakan pelbagai besar fungsi dalam organisma hidup, termasuk pemangkin tindak balas metabolik, mereplikasi DNA, bertindak balas kepada rangsangan, dan mengangkut molekul dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Protein berbeza daripada satu sama lain terutamanya dalam urutan asid amino, yang ditentukan oleh urutan nukleotida gen mereka.

     Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO (genetically modified organism) berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
   Protin tinggi untuk kesihatan


 PM untuk harga TERBAIK



010813_Lazada_HAP_468x60_Set3