Nikmati Buah-Buahan
Ada pelbagai cara untuk menikmati
buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan
pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan
dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga
kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang
lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu
panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.
Bagi yang ada penyakit tertentu atau
mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati-hati dan bersikap memilih.
Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin tidak sesuai diambil.
Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah penyakit buah
pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana
pengambilannya boleh memburukkan keadaan.
Khasiat Buah-Buahan:
Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser, strok,
penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan,
antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan
gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
Oren
Menjaga kesihatan jantung, penglihatan,
pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu
perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
Epal
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.
Pear
Antioksidan, menjaga kesihatan
kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka
dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang
jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.
Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
Mangga
Antikanser, menjaga kesihatan
penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu
membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran
panas.
Kiwi
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan
darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan
trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas,
berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan
kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan
kesihatan prostat.
Pisang
Antikemurungan (membantu membaiki ragam
diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya
tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan
jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga
sembelit.
sumber: Berita Harian
Bacaan tambahan: