Set vitamin ibu menyusu ini diperkenalkan bersesuaian dengan keperluan setiap ibu dan anak. Ibu sihat, cergas dan ceria dengan vitamin ibu menyusu, si ibu dapat menghasilkan pengeluaran susu ibu yang optima dan lebih pekat dan berkhasiat sesuai dengan keperluan bayinya dengan tenang dan gembira. Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.
Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.
SET B (BASIC
BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU ASAS)
|
Set ini sesuai untuk ibu yang tiada masalah penyusuan vitamin. Shaklee ini hanya untuk membantu ibu lebih sihat dan cergas dan memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi. Set terhasil dari gabungan Vita-Lea, B-Complex, Sustained Release Vita-C 500 mg dan Alfalfa Complex.
Bersesuaian untuk ibu-ibu yang tiada masalah penyusuan tetapi ingin menambah keperluan nutrisi kepada ibu dan anak seperti B-Complex lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vita-C 500mg fokus kepada imun sistem, Vita-Lea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa Complex sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu di samping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
SET E (OPTIMUM
BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU OPTIMUM)
Set E ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C, Ostematrix (kalsium dan magnesium) dan Alfalfa Complex. Ada ibu-ibu menyusu di luar sana yang tak lalu nak minum susu kan? Kalsium SHAKLEE lebih dikenali dengan nama OsteMatrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini.
Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
SET 3M (PREMIUM BREASTFEEDING SET/SET IBU MENYUSU PREMIUM) – highly recommended
Set 3M mengandungi Set B iaitu Vitalea
(multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium), Alfalfa Complex dan ESP- Soy Protien Shaklee. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu,
masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah
kekurangan stok EBM (stok susu beku).
Set ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation'dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.