Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813
Showing posts with label Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya. Show all posts
Showing posts with label Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013 by Umi Awanis

Kuruskan Badan Dengan Omega Guard Shaklee Badan Ramping Suami Tertawan

Mari kita fokus kepada asid lemak Omega-3 yang terdapat didalam Omega Guard Shaklee

  1. Asid lemak Omega-3 membakar lemak dengan cara membantu tubuh bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin. Leptin kemudian memberitahu tubuh untuk mengurangkan selera makan.
  2. Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid membantu mengawal metabolisme tubuh) 
  3. Leptin juga menyebabkan tubuh anda untuk membakar lemak untuk tenaga
  4. Sekiranya tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda berasa lapar, dan akan menyimpan lebih banyak lemak 
  5. Oleh itu, disyorkan pengambilan asid lemak Omega-3 untuk bagi membantu tubuh bertindakbalas dengan baik terhadap Leptin sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh.

Bagaimana 3 cara asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan berat badan

  1. Asid lemak Omega-3 membantu mengawal rasa lapar dan mengawal paras gula dalam darah
  2. Satu kajian Australia menunjukkan individu yang mengikuti program senaman yang mengambil Omega-3, kadar pembakaran lemak tubuh adalah lebih tinggi berbandung dengan mereka yang tidak mengambilnya.
  3. Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech republik mencadangkan pengambilan asid lemak Omega-3 bukan sahaja menggalakkan pembakaran lemak malahan menghalang pembentukannya.
kuruskan badan dengan omega gurad shaklee


Faedah & kepentingan Omega-3:


  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat. Mengenali Omega 3 selanjutnya disini

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?


  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Vitamin shaklee

Bacaan selanjutnya:

Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya 

Cerita Tentang Wanita Masalah Keputihan Vitamin Shaklee Membantu 

Meal Shake Membantu Anak Cepat Sembuh

Monday, 11 November 2013 by Umi Awanis

Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya



Omega 3



Apa sebenarnya Omega 3?



Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak yang sangat di perlukan oleh badan. Sayangnya, badan tidak dapat menghasilkan sendiri lemak ini oleh kerana itu vitamin tambahan diperlukan oleh badan. Pakar gizi menyatakan bahwa tubuh memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 sehari. Sebahagian besar Omega 3 dapat ditemui pada ikan, seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel, Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sarden. Selain itu, Omega 3 juga ditemui pada tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnuts, Alpukat, Bayam, dan minyak Canola.

Manfaat Omega 3

Kandungan Omega 3 sendiri terdapat komponen zat penting kepada tubuh seperti DHA (Docosahexaenoic acid), EPA (Eicosapentaenoic acid), dan LNA (Linolenic acid). DHA dan EPA sering ditemui pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna hijau. Komponen-komponen ini memiliki fungsi yang berbeza dalam tubuh. 

DHA berfungsi sebagai jaringan saraf yang berperanan untuk melancarkan fungsi saraf dan merangsang saraf ke otak.

EPA berfungsi membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, melancarkan sistem peredaran darah.

LNA berperanan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian membawanya ke sel-sel bahagian tubuh yang memerlukannya.

Secara umum, Omega 3 berfungsi bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak kerana 40% adalah lemak Omega 3. Ianya sangat diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel saraf otak agar optimum terutama pada anak-anak, sehingga berumur 5 tahun. Ini kerana dari saat kelahiran hingga 5 tahun adalah tahun yang penting untuk pertumbuhan otak anak.

Di usia dewasa juga Omega 3 diperlukan oleh badan, kekurangan Omega 3 akan membuat sel saraf di otak kekurangan tenaga untuk memproses perkembangan otak sehingga mengganggu fungsi otak. Sebagai contoh seperti hilang daya ingatan dan penurunan fungsi otak lainnya secara mendadak. Omega 3 juga berperanan penting bagi organ penglihatan dan tulang kerana 60% retina pada mata dibentuk dari Omega 3. Kekurangan Omega 3 dapat mengakibatkan mata menjadi kabur. Omega 3 juga baik untuk tulang kerana di dalam Omega 3 juga terkandung kalsium.

Bagi ibu yang mengandung Omega 3 diperlukan untuk membentuk sel-sel pembuluh darah dan jantung. Pengambilan Omega 3 yang teratur akan membantu dalam penurunan kadar pertambahan lemak di salur darah dan dapat membantu penurunan berat badan. Bacaan selanjutnya sila baca tajuk Kuruskan Badan Dengan Omega Guard Shaklee Badan Ramping Suami Tertawan.Risiko penyakit stroke dan penyakit jantung juga dapat dihindari. Sebagai makanan tambahan kita boleh mengambil Omega Guard Shaklee, sebarang pertanyaan boleh PM saya di:


OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega 3

Bacaan tambahan
010813_Lazada_HAP_468x60_Set3