Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813

Monday, 11 November 2013 by Umi Awanis

Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya



Omega 3



Apa sebenarnya Omega 3?



Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak yang sangat di perlukan oleh badan. Sayangnya, badan tidak dapat menghasilkan sendiri lemak ini oleh kerana itu vitamin tambahan diperlukan oleh badan. Pakar gizi menyatakan bahwa tubuh memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 sehari. Sebahagian besar Omega 3 dapat ditemui pada ikan, seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel, Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sarden. Selain itu, Omega 3 juga ditemui pada tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnuts, Alpukat, Bayam, dan minyak Canola.

Manfaat Omega 3

Kandungan Omega 3 sendiri terdapat komponen zat penting kepada tubuh seperti DHA (Docosahexaenoic acid), EPA (Eicosapentaenoic acid), dan LNA (Linolenic acid). DHA dan EPA sering ditemui pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna hijau. Komponen-komponen ini memiliki fungsi yang berbeza dalam tubuh. 

DHA berfungsi sebagai jaringan saraf yang berperanan untuk melancarkan fungsi saraf dan merangsang saraf ke otak.

EPA berfungsi membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, melancarkan sistem peredaran darah.

LNA berperanan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian membawanya ke sel-sel bahagian tubuh yang memerlukannya.

Secara umum, Omega 3 berfungsi bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak kerana 40% adalah lemak Omega 3. Ianya sangat diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel saraf otak agar optimum terutama pada anak-anak, sehingga berumur 5 tahun. Ini kerana dari saat kelahiran hingga 5 tahun adalah tahun yang penting untuk pertumbuhan otak anak.

Di usia dewasa juga Omega 3 diperlukan oleh badan, kekurangan Omega 3 akan membuat sel saraf di otak kekurangan tenaga untuk memproses perkembangan otak sehingga mengganggu fungsi otak. Sebagai contoh seperti hilang daya ingatan dan penurunan fungsi otak lainnya secara mendadak. Omega 3 juga berperanan penting bagi organ penglihatan dan tulang kerana 60% retina pada mata dibentuk dari Omega 3. Kekurangan Omega 3 dapat mengakibatkan mata menjadi kabur. Omega 3 juga baik untuk tulang kerana di dalam Omega 3 juga terkandung kalsium.

Bagi ibu yang mengandung Omega 3 diperlukan untuk membentuk sel-sel pembuluh darah dan jantung. Pengambilan Omega 3 yang teratur akan membantu dalam penurunan kadar pertambahan lemak di salur darah dan dapat membantu penurunan berat badan. Bacaan selanjutnya sila baca tajuk Kuruskan Badan Dengan Omega Guard Shaklee Badan Ramping Suami Tertawan.Risiko penyakit stroke dan penyakit jantung juga dapat dihindari. Sebagai makanan tambahan kita boleh mengambil Omega Guard Shaklee, sebarang pertanyaan boleh PM saya di:


OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega 3

Bacaan tambahan

No comments :

Post a Comment

010813_Lazada_HAP_468x60_Set3