Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813
Showing posts with label ESP-Soy Protein Isolate Powder. Show all posts
Showing posts with label ESP-Soy Protein Isolate Powder. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013 by Umi Awanis

Rahsia Kulit Cantik Berseri Dengan ESP Shaklee

Pada hujung tahun dah dekat waktu cuti sekolah ni ramai la yang merancang naik pelamin. Lagi seminggu saja cuti persekolahan akan bermula mesti jadual walimatulurus penuh kalendar masing- masing. Shaklee ada rahsia untuk kulit segar dan cantik di hari bersejarah ini. Kepada para jemputan tentu nak juga kelihatan berseri untuk menghadiri segala jemputan. Nak tahu apa rahsia Shaklee?


Rahsia Kulit Cantik 1 - Sumber Terbaik Antioksidan


   Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit.



Rahsia Kulit Cantik 2 - Isoflavon Semulajadi


  Berfungsi sebagai anti-radang (ruam, kulit menggelupas dll), merangsang pembentukan 
  collagen  dalam tubuh dan juga melindungi kerosakan sel oleh radikal bebas. 



Rahsia Kulit Cantik 3- Soya bukan GMO


   ESP Shaklee adalah soya bukan-GMO  dan dihasilkan di bawah Identiti 

   Perservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari   

   proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Rahsia Kulit Cantik 4- Soya Shaklee Ditanam Secara Organik


   Kulit anda terpelihara dari dirosakkan racun perosak yang terkandung dalam bijian soya 

   bukan-GMO.  Tidak memberikan kesan sampingan berbahaya yang tersembunyi kepada 

   tubuh anda.



Rahsia Kulit Cantik 5 - Dengan Susu Soya Shaklee


   Masker ESP Shaklee menghalang kulit kendur, meningkatkan keanjalan dan 

   ketebalan kulit


Rahsia Kulit Cantik 6 - Menghalang Enzim-enzim Yang Menurunkan Kadar Protein


   Kekurangan protien menjadikan kulit tidak sihat - kusam, kering dan menggelupas


ESP shaklee



Penyebab Tanda Penuaan Berlaku dengan Pantas

-  Asap rokok
-  Penggunaan Alkohol 
-  Pendedahan melamapu pada cuaca sejuk
-  Pendedahan terus pada cahaya matahari tanpa perlindungan anti UV
-  Stress
-  Kurang tidur
-  Kurang bersenam

Kepada yang nak naik pelamin dan nak kelihatan berseri saya cadangkan Rahsia Kulit Cantik ESP Shaklee dan sebagai tambahan luangkan sedikit masa untuk beriadah, bersenam, jauhi rokok dan asap rokok, amalkan pemakanan secara sihat, hindari stress, cari masa untuk tidur nyenyak di antara tempoh masa 10pm-12am dan guna pelindung cahaya matahari apabila berada di luar rumah. Semoga berjaya dengan azam dan tekat untuk kelihatan cantik berseri. Sebarang pertanyaan boleh PM saya.


Bacaan tambahan untuk anda:

Tuesday, 23 July 2013 by Umi Awanis

ESP Shaklee Jom Kongsi Rasa

Alhamdulillah dah 14 hari kita berpuasa, tinggal 16 hari lagi untuk menyambut hari lebaran. Semenjak bulan puasa memang sangat bz dah seminggu tak berkesempatan nak update blog. Hari ni ada masa sikit baru la sempat nak post info terbaru. Apa kata kita berkongsi resepi ESP.


Pelbagai cara kita boleh kita cuba manambah perisa supaya ianya lebih menarik. ESP Shaklee berperisa soya. Sekiranya anda tidak menyukai rasa soya, boleh cuba resepi ini ya.


Resepi ESP Shaklee

ESP + Air suam
ESP+ Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma
ESP + SusuAnmum
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana ESP
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung

Sesuai untuk semua:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.

3. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.


Vitamin Semulajadi

Thursday, 4 July 2013 by Umi Awanis

Berpuasa Bersama Vitamin Shaklee


set untuk berpuasa sihat dan cergas

Ahlan wasahlan bulan keberkatan datang lagi, bulan yang penuh nikmat, penuh aktiviti. Mari saya kenalkan dengan set Mighty 3 Gems Shaklee yang pastinya akan memberi anda pengalaman puasa yang berbeza. Badan anda akan rasa lebih cergas dan lebih sihat ketika berpuasa tahun ini.

     Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla), Mealshake (perasa French Vanilla)  dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas. Disini saya kenalkan 3 produk Shaklee yang memberi tenaga berpanjangan

ESP : memberi kita rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan beri kita tenaga yang sustain ; bukannya memberi kita tenaga apabila minum tetapi memberi kita tenaga yang berterusan apabila mengamalkannya.
  Mealshake : terdiri daripada protein dan juga complete dengan sumber vitamin dan mineral (rasa vanilla).
  PD : sejenis minum mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.

       Pelbagai hikmah di sebaliknya samada dari segi rohani mahupun fizikal. Ibadah ini tersembunyi 1001 rahsiah hikmah dari Allah Taala. Mari bersama-sama Mighty 3 Gems, untuk pengalaman Ramadhan yang lebih bermakna. Menjalankan semua tanggungjawab dan suruhan Allah. Sesuai untuk:-

  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Pekerja yang menjalankan kerja menggunakan tenaga seperti mekanik, etc.
  • Warga tua
  • Kanak-kanak terutama yang sedang belajar berpuasa
  • Pelajar
  • Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan kebaikan Mighty 3 Gems
Bagi mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.
 
Berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu seperti saya, ia membantu kita berpuasa sambil menyusukan anak.




Vitamin Semulajadi



Thursday, 20 June 2013 by Umi Awanis

Pelan Pelangsingan Shaklee Menjaga Keharmonian Keluarga

Assalamualaikum....


Pelan Pelangsingan sesuai untuk semua  Pelan Pelangsingan sesuai untuk semua  Pelan Pelangsingan sesuai untuk semua  Pelan Pelangsingan sesuai untuk semua



Salam sejahtera untuk sahabat2 semoga sentiasa sihat.. ada sesiapa dalam keluarga bermasalah berat badan atau berazam untuk turunkan berat badan?..

Hari ini kota berkongsi cara untuk menjadi sihat dan mendapat badan yang cantik. Shaklee mempunyai produk2 yang lengkap untuk pelbagai masalah seperti masalah berat badan. Peratusan peningkatan berat badan semangkin meningkat setiap tahun. Masalah ini juga menyebabkan peningkatan pelbagai masalah lain seperti masalah jantung, kencing manis, kegemukkan dan pelbagai lagi masalah lain. 

Mengamalkan diet yang sihat dalam memilih makanan adalah penting untuk mengawal berat badan dan menjaga kesihatan. Di samping itu juga pengambilan supplement semasa berdiet dapat membantu mempercepatkan penurunan berat badan dan menjaga badan sentiasa cergas dan sihat. Paling penting cuba elakkan pengambilan karbohidrat, gula dan banyakkan minum air masak at least 4 liter sehari. 


Shaklee mempunyai Pelbagai produk yang dapat membantu mengawal berat badan dan juga memberi vitamin yang cukup kepada badan kita. Walaupun kita mengawal permakanan tetapi dengan mengambil Vitamin atau supplement tambahan kita tetap mempunyai tenaga yang cukup untuk bekerja. Antara produk Shaklee yang sesuai ialah:
 
Lecithin 

  • ia diesktrak daripada kacang soya organik bukan GMO mengandungi 520mg lecithin, soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu
  • menyerap vitamin larut lemak iaitu membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak
  • melindungi hati iaitu menghalang lemak di hati, sirosis (kerosakan hati) dan hati berlemak
  • memecahkan lemak dan kolestrol di mana lecithin bertindak sebagai pembersih saluran darah
  • membantu mengurangkan masalah obesiti iaitu mempercepatkan pembakaran lemak untuk pelangsingan
  • mencantikkan otot dan kulit dengan membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme dan melambatkan kesan penuaan
  • menghalang kejadian batu karang yang terjadi akibat kolestrol
  • mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress yang mana lecithin mempunyai kolin yang membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, perbaiki daya ingatan, Alzheimer dan mengurangkan stress. 
  • menghalang tekanan darah tinggi dan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
  • perbaiki prostat  lelaki
  • meringankan sembelit dengan melembutkan najis, melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus

Herba Lax
  • pembersihan najis tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management) 
  • kempiskan perut
  • membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai  minuman teh herba

Alfafa
  • mencuci hati, darah dan usus di mana ia adalah bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  • melawan alahan  dengan perbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air 
  • baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut dengan perbaiki masalah penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit
  • singkirkan lemak dan kolestrol
  • melawan tumor
  • melegakan keputihan
  • mencegah/merawat athritis
  • milk booster bagi ibu menyusu

Energizing Soy Protein (ESP)
  • ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol
  • ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik
  • ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid
  • ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda
  • ESP membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
  • ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
  • ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang

Vitamin Semulajadi



Monday, 3 June 2013 by Umi Awanis

Ibu Cergas Anak Sihat

    Assalamualaikum....


Vitamin Shaklee Semulajadi
 Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi anda mesti keletihan dan lesu dalam kerja seharian. Apa lagi nak menjaga bayi, suami dan anak-anak lain. Ibu juga perlu memakan makanan yang sihat dan bersenam untuk kekal sihat dan bertenaga. Berita baik untuk ibu-ibu Shaklee ada produk yang akan membekalkan tenaga dan melancarkan penyusuan . 

Produk ESP atau nama sebenar Energizing Soy Protien (Shaklee ESP) mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Apa kelebihan ESP ? Mari kita Lihat:
  1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
  2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protin akan diambil dr dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup.
  3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP.  

Kepada ibu-ibu kita juga perlu melakukan beberapa perkara untuk kebaikan badan dan meningkatkan penghasilan susu ibu.

 
1- Pam susu secara konsisten 2-3jam sekali, dengan setiap sesi mengepam 15-20 minit pada kedua-dua belah breast
2- Minum air kosong minimum 3liter sehari

3- Mencari punca susu semakin berkurangan

4- Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bergerak (bersenam)



Vitamin Shaklee

Friday, 26 April 2013 by Umi Awanis

Set Vitamin Sahklee Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi




Vitamin Semulajadi
      Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Shaklee merupakan makanan tambahan. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu. Ini memang benar-benar terjadi dan diakui oleh ramai yang mengamalkan vitamin dalam penyusuan.


Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
     Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 

B Complex 
    Dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), ianya membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..) secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 

Vitamin C 
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 

Energizing Soy Protein (ESP) 
    Protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.

Pembangunan bayi
     Bayi memerlukan keseimbangan Omega-3 asid lemak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Pakar pemakanan telah mengeluarkan cadangan untuk setiap jenis Omega-3 asid lemak dalam formula bayi dan makanan. Menurut cadangan ini, pengambilan EPA untuk bayi pada diet formula hendaklah tidak kurang daripada 0.1%.

  
      Omega-3 asid lemak, termasuk EPA, juga mungkin mempunyai kesan positif ke atas paru-paru dan penyakit buah pinggang, diabetes jenis 2, obesiti, ulser kolitis, penyakit Crohn, anorexia nervosa, terbakar, osteoartritis, osteoporosis, dan peringkat awal kanser kolorektal.






 
Alfalfa 
    Ianya membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan secara automatik kesan baik pd baby. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. 

vitamins for baby


Tuesday, 23 April 2013 by Umi Awanis

Vitamin Shaklee dan Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil




Khasiat soya Vitamin B, Vitamin B6 


     Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.
      Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

      Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.



 
Nilai Tambahan

  • Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
  • Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
  • Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
  • Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda
  • Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
  • Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan
 
     Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.


     Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).


     Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein. PaMa 28 Mei 2012



mengndung dan vitamin
 

Sunday, 14 April 2013 by Umi Awanis

Berpuasa Tetap Bertenaga

Berpuasa tetapi tetap bertenaga bila menggunakan Energizing Soy Protein.




Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yqng berkualiti tinggi.

     Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang scara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya asid amino. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 


  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.


Protien Soya

Tuesday, 2 April 2013 by Umi Awanis

ESP - Soy Protein Isolate Powder


     Protein adalah molekul biologi yang besar yang terdiri daripada satu atau lebih rantaian asid amino. Protein melaksanakan pelbagai besar fungsi dalam organisma hidup, termasuk pemangkin tindak balas metabolik, mereplikasi DNA, bertindak balas kepada rangsangan, dan mengangkut molekul dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Protein berbeza daripada satu sama lain terutamanya dalam urutan asid amino, yang ditentukan oleh urutan nukleotida gen mereka.

     Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO (genetically modified organism) berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
   Protin tinggi untuk kesihatan


 PM untuk harga TERBAIK



010813_Lazada_HAP_468x60_Set3