Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813

Monday 27 May 2013 by Umi Awanis

Jadual Makan Vitamin Shaklee


   
Jadual makan vitamin shaklee


Ramai yang tertanya- tanya cara pengambilan suplemen yang sesuai kerana banyak jenis vitamin yang perlu diambil. Sebagai contoh jika ibu yang menyusukan bayi, sudah tentu perlu mengambil B-Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa dan sebagai tambahan Ostematrix, OmegaGuard, GLA Complex atau, Lecithi.
 
      Secara teorinya saya mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam kerana vitamin akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik. Tetapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin 'just right before sleep'. Bagi memudahakan pengambilan jadual pengambilan vitamin beberapa peraturan di bawah boleh dijadikan panduan:




VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.


VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.


OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama-sama vitamin larut lemak lain.



APA YANG TIDAK DIGALAKKAN



1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.


4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!


      Sekiranya anda merasakan jadual pengambilan vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimana pun ia masih bergantung kepada tubuh badan kita semuanya diatas kuasa Allah yang mementukan ha


CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE




Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E


Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.


Vitamin semulajadi

No comments :

Post a Comment

010813_Lazada_HAP_468x60_Set3