Showing posts with label Kesihatan Tulang. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Tulang. Show all posts
Saturday, 6 April 2013 by Umi Awanis
OsteMatrix
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Kalsium
Kalsium menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung dan kai-lan serta produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.
Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang
Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa.
Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.
Labels:
Kesihatan Tulang
,
Ostematrix
,
Tulang Yang Sihat
,
Vitamin D
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)