Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan seterusnya. Terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi untuk pembesaran dan perkembangan otak bayi. Selepas berumur 6 bulan bayi boleh diberi makanan yang lembut untuk pembesaran. Kenapa susu ibu terbaik untuk bayi ? ini kerana bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat. Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama
sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi
bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
Jangan di lupa ia juga baik untuk ibu kerana dengan memberi bayi susu ibu sepenuhnya dapat membantu mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan sedikit senaman.
Jangan di lupa ia juga baik untuk ibu kerana dengan memberi bayi susu ibu sepenuhnya dapat membantu mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan sedikit senaman.
Kerapkali di kalangan ibu baru bersalin menghadapi masalah tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10
hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon
prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. Lagi banyak kita menyusukan bayi susu juga akan bertambah banyak dan kita juga boleh pamkan susu ibu untuk simpanan. Kita boleh pamkan susu selepas bayi menyusu, pam sehingga habis. Keadaan ini akan menggalakkan lebih banyak penghasilan susu.
2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia
tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India
turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang
dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan
banyak lagi.
3. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada
pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari.
Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan
tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti
susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya
meningkatkan penghasilan susu,
4. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama,
anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi
masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar
daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi
yang berkesan.
5. Pengambilan supplemen
Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang. Antara supplement yang dapat membantu mengningkatkan penghasilan susu aladah Energizing Soy Protein (ESP). Ianya di perbuat dari soya berprotein tinggi yang berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. ESP Shaklee juga dikenali sebagai MILK BOOSTER dikalangan pengguna Shaklee. ESP juga adalah produk yang diminati ramai. Boleh PM untuk dapatkan harga terbaik harga runtuh!!!!!!!!!
No comments :
Post a Comment