Mari kita fokus kepada asid lemak Omega-3 yang terdapat didalam Omega Guard Shaklee
- Asid lemak Omega-3 membakar lemak dengan cara membantu tubuh bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin. Leptin kemudian memberitahu tubuh untuk mengurangkan selera makan.
- Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid membantu mengawal metabolisme tubuh)
- Leptin juga menyebabkan tubuh anda untuk membakar lemak untuk tenaga
- Sekiranya tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin
maka sebaliknya berlaku – Anda berasa lapar, dan akan menyimpan lebih
banyak lemak
- Oleh itu, disyorkan pengambilan asid lemak Omega-3 untuk bagi
membantu tubuh bertindakbalas dengan baik terhadap Leptin sekaligus
meningkatkan metabolisme tubuh.
Bagaimana 3 cara asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan berat badan
- Asid lemak Omega-3 membantu mengawal rasa lapar dan mengawal paras gula dalam darah
- Satu kajian Australia menunjukkan individu yang mengikuti program
senaman yang mengambil Omega-3, kadar pembakaran lemak tubuh adalah
lebih tinggi berbandung dengan mereka yang tidak mengambilnya.
- Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech republik mencadangkan
pengambilan asid lemak Omega-3 bukan sahaja menggalakkan pembakaran
lemak malahan menghalang pembentukannya.
Faedah & kepentingan Omega-3:
- Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
- Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
- Mengurangkan risiko strok
- Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
- Merendahkan tekanan darah
- Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
- Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan
kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat. Mengenali Omega 3 selanjutnya disini
Mengapa Omega Guard Shaklee?
Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50
tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu
sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat
asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti
merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari
ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.
Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
- Ibu hamil
- Ibu menyusu
- Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
- Lelaki
- Warga Emas
- Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
- Mereka yang mementingkan kehidupan sihat
Bacaan selanjutnya:
Apa sebenarnya Omega 3?
Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak yang sangat di perlukan oleh badan. Sayangnya, badan tidak dapat menghasilkan sendiri lemak ini oleh kerana itu vitamin tambahan diperlukan oleh badan. Pakar gizi menyatakan bahwa tubuh memerlukan sekitar 300 mg
Omega 3 sehari. Sebahagian besar Omega 3 dapat ditemui pada
ikan, seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel,
Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sarden. Selain itu, Omega 3 juga ditemui pada tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnuts, Alpukat, Bayam, dan minyak Canola.
Manfaat Omega 3
Kandungan Omega 3 sendiri terdapat komponen zat penting kepada tubuh seperti DHA (Docosahexaenoic acid), EPA
(Eicosapentaenoic acid), dan LNA (Linolenic acid). DHA dan EPA sering ditemui pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk
sayuran yang berwarna hijau. Komponen-komponen ini memiliki fungsi yang berbeza dalam tubuh.
DHA
berfungsi sebagai jaringan saraf yang berperanan untuk melancarkan fungsi saraf dan merangsang saraf ke otak.
EPA berfungsi membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, melancarkan sistem peredaran darah.
LNA berperanan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian membawanya ke sel-sel bahagian tubuh yang memerlukannya.
Secara umum, Omega 3 berfungsi bagi pertumbuhan sel otak, organ
penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak kerana 40% adalah lemak Omega 3. Ianya sangat diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan
perkembangan sel-sel saraf otak agar optimum terutama pada anak-anak, sehingga berumur 5 tahun. Ini kerana dari saat kelahiran hingga 5 tahun adalah tahun yang penting untuk pertumbuhan otak anak.
Di usia dewasa juga Omega 3 diperlukan oleh badan, kekurangan Omega 3 akan membuat sel saraf di otak kekurangan tenaga untuk memproses
perkembangan otak sehingga mengganggu fungsi otak. Sebagai contoh seperti hilang daya ingatan dan penurunan fungsi otak lainnya secara mendadak. Omega 3 juga berperanan penting bagi
organ penglihatan dan tulang kerana 60% retina pada mata dibentuk dari
Omega 3. Kekurangan Omega 3 dapat mengakibatkan mata menjadi kabur.
Omega 3 juga baik untuk tulang kerana di dalam Omega 3 juga terkandung
kalsium.
Bagi ibu yang mengandung Omega 3 diperlukan untuk membentuk sel-sel pembuluh
darah dan jantung. Pengambilan Omega 3 yang teratur akan membantu dalam penurunan kadar pertambahan lemak
di salur darah dan dapat membantu penurunan berat badan. Bacaan selanjutnya sila baca tajuk Kuruskan Badan Dengan Omega Guard Shaklee Badan Ramping Suami Tertawan.Risiko penyakit stroke dan penyakit jantung juga dapat dihindari. Sebagai makanan tambahan kita boleh mengambil Omega Guard Shaklee, sebarang pertanyaan boleh PM saya di:
Bacaan tambahan