Assalamualaikum... Salam Sihat Untuk Semua.. Yang berminat boleh la PM UMI ye -017 2408897 ID 917813

Wednesday, 13 November 2013 by Umi Awanis

Rahsia Kulit Cantik Berseri Dengan ESP Shaklee

Pada hujung tahun dah dekat waktu cuti sekolah ni ramai la yang merancang naik pelamin. Lagi seminggu saja cuti persekolahan akan bermula mesti jadual walimatulurus penuh kalendar masing- masing. Shaklee ada rahsia untuk kulit segar dan cantik di hari bersejarah ini. Kepada para jemputan tentu nak juga kelihatan berseri untuk menghadiri segala jemputan. Nak tahu apa rahsia Shaklee?


Rahsia Kulit Cantik 1 - Sumber Terbaik Antioksidan


   Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit.



Rahsia Kulit Cantik 2 - Isoflavon Semulajadi


  Berfungsi sebagai anti-radang (ruam, kulit menggelupas dll), merangsang pembentukan 
  collagen  dalam tubuh dan juga melindungi kerosakan sel oleh radikal bebas. 



Rahsia Kulit Cantik 3- Soya bukan GMO


   ESP Shaklee adalah soya bukan-GMO  dan dihasilkan di bawah Identiti 

   Perservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari   

   proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Rahsia Kulit Cantik 4- Soya Shaklee Ditanam Secara Organik


   Kulit anda terpelihara dari dirosakkan racun perosak yang terkandung dalam bijian soya 

   bukan-GMO.  Tidak memberikan kesan sampingan berbahaya yang tersembunyi kepada 

   tubuh anda.



Rahsia Kulit Cantik 5 - Dengan Susu Soya Shaklee


   Masker ESP Shaklee menghalang kulit kendur, meningkatkan keanjalan dan 

   ketebalan kulit


Rahsia Kulit Cantik 6 - Menghalang Enzim-enzim Yang Menurunkan Kadar Protein


   Kekurangan protien menjadikan kulit tidak sihat - kusam, kering dan menggelupas


ESP shaklee



Penyebab Tanda Penuaan Berlaku dengan Pantas

-  Asap rokok
-  Penggunaan Alkohol 
-  Pendedahan melamapu pada cuaca sejuk
-  Pendedahan terus pada cahaya matahari tanpa perlindungan anti UV
-  Stress
-  Kurang tidur
-  Kurang bersenam

Kepada yang nak naik pelamin dan nak kelihatan berseri saya cadangkan Rahsia Kulit Cantik ESP Shaklee dan sebagai tambahan luangkan sedikit masa untuk beriadah, bersenam, jauhi rokok dan asap rokok, amalkan pemakanan secara sihat, hindari stress, cari masa untuk tidur nyenyak di antara tempoh masa 10pm-12am dan guna pelindung cahaya matahari apabila berada di luar rumah. Semoga berjaya dengan azam dan tekat untuk kelihatan cantik berseri. Sebarang pertanyaan boleh PM saya.


Bacaan tambahan untuk anda:

Bersama Vivix Shaklee Wanita Cantik Jelita Tertawan

Kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah dengan pengambilan VIVIX secara berterusan. Bagaimana Vivix berfungsi mari kita selidik. Sila baca selanjutnya disini

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahawa bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.


Resveratol

 
Sejak tahun 1990-an lagi, lebih 2000 kajian telah dilakukan dan diterbitkan berkaitan dengan resveratol. Antara kebaikan yang ditemui daripada resveratol ini adalah untuk mengelakkan penyakit Huntington's dan Alzheimer, penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, kegagalan fungsi paru-paru dan merupakan rawatan lebih baik untuk masalah berkaitan obesiti, katarak dan diabetis tahap dua.

Dr. Sinclair dari Universiti Harvard telah membuat kajian untuk meningkatkan kehebatan resveratol sehinggan 1000 kali berbanding wine merah, sekaligus menggandakan keberkesanannya pada peringkal sel. Beliau percaya pada peringkat ini, resveratol mempunyai kuasa untuk membalikkan proses penuaan dan "merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan dalam masa 100 tahun".

Vivix Shaklee telah dihasilkan berdasarkan kajian oleh Dr. Sinclair. Satu sumber resveratol yang unik telah ditemui daripada jenis anggur Muscadine yang khusus. Malah Shaklee turut mencipta kaedah pengekstrakan yang baru dan lebih lembut untuk memastikan keberkesanan fungsi resveratol yang diekstrak berada pada tahap tertinggi. Hasilnya termasuklah asid ellagic khusus yan tidak dijumpai dalam anggur biasa dan mampu menjalankan beberapa fungsi anti-penuaan 

dalam Vivix.

ANTI PENUAAN SHAKLEE



ANTI AGING SHAKLEE

VIVIX di dada AKHBAR

AWET MUDA


Kepada yang berminat boleh PM saya :

vitamin shaklee

Tambah maklumat:

Tuesday, 12 November 2013 by Umi Awanis

Kuruskan Badan Dengan Omega Guard Shaklee Badan Ramping Suami Tertawan

Mari kita fokus kepada asid lemak Omega-3 yang terdapat didalam Omega Guard Shaklee

  1. Asid lemak Omega-3 membakar lemak dengan cara membantu tubuh bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin. Leptin kemudian memberitahu tubuh untuk mengurangkan selera makan.
  2. Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid membantu mengawal metabolisme tubuh) 
  3. Leptin juga menyebabkan tubuh anda untuk membakar lemak untuk tenaga
  4. Sekiranya tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda berasa lapar, dan akan menyimpan lebih banyak lemak 
  5. Oleh itu, disyorkan pengambilan asid lemak Omega-3 untuk bagi membantu tubuh bertindakbalas dengan baik terhadap Leptin sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh.

Bagaimana 3 cara asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan berat badan

  1. Asid lemak Omega-3 membantu mengawal rasa lapar dan mengawal paras gula dalam darah
  2. Satu kajian Australia menunjukkan individu yang mengikuti program senaman yang mengambil Omega-3, kadar pembakaran lemak tubuh adalah lebih tinggi berbandung dengan mereka yang tidak mengambilnya.
  3. Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech republik mencadangkan pengambilan asid lemak Omega-3 bukan sahaja menggalakkan pembakaran lemak malahan menghalang pembentukannya.
kuruskan badan dengan omega gurad shaklee


Faedah & kepentingan Omega-3:


  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat. Mengenali Omega 3 selanjutnya disini

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?


  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Vitamin shaklee

Bacaan selanjutnya:

Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya 

Cerita Tentang Wanita Masalah Keputihan Vitamin Shaklee Membantu 

Meal Shake Membantu Anak Cepat Sembuh

Monday, 11 November 2013 by Umi Awanis

Mengenali Omega 3 dan Kelebihannya



Omega 3



Apa sebenarnya Omega 3?



Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak yang sangat di perlukan oleh badan. Sayangnya, badan tidak dapat menghasilkan sendiri lemak ini oleh kerana itu vitamin tambahan diperlukan oleh badan. Pakar gizi menyatakan bahwa tubuh memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 sehari. Sebahagian besar Omega 3 dapat ditemui pada ikan, seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel, Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sarden. Selain itu, Omega 3 juga ditemui pada tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnuts, Alpukat, Bayam, dan minyak Canola.

Manfaat Omega 3

Kandungan Omega 3 sendiri terdapat komponen zat penting kepada tubuh seperti DHA (Docosahexaenoic acid), EPA (Eicosapentaenoic acid), dan LNA (Linolenic acid). DHA dan EPA sering ditemui pada ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna hijau. Komponen-komponen ini memiliki fungsi yang berbeza dalam tubuh. 

DHA berfungsi sebagai jaringan saraf yang berperanan untuk melancarkan fungsi saraf dan merangsang saraf ke otak.

EPA berfungsi membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, melancarkan sistem peredaran darah.

LNA berperanan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian membawanya ke sel-sel bahagian tubuh yang memerlukannya.

Secara umum, Omega 3 berfungsi bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak kerana 40% adalah lemak Omega 3. Ianya sangat diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel saraf otak agar optimum terutama pada anak-anak, sehingga berumur 5 tahun. Ini kerana dari saat kelahiran hingga 5 tahun adalah tahun yang penting untuk pertumbuhan otak anak.

Di usia dewasa juga Omega 3 diperlukan oleh badan, kekurangan Omega 3 akan membuat sel saraf di otak kekurangan tenaga untuk memproses perkembangan otak sehingga mengganggu fungsi otak. Sebagai contoh seperti hilang daya ingatan dan penurunan fungsi otak lainnya secara mendadak. Omega 3 juga berperanan penting bagi organ penglihatan dan tulang kerana 60% retina pada mata dibentuk dari Omega 3. Kekurangan Omega 3 dapat mengakibatkan mata menjadi kabur. Omega 3 juga baik untuk tulang kerana di dalam Omega 3 juga terkandung kalsium.

Bagi ibu yang mengandung Omega 3 diperlukan untuk membentuk sel-sel pembuluh darah dan jantung. Pengambilan Omega 3 yang teratur akan membantu dalam penurunan kadar pertambahan lemak di salur darah dan dapat membantu penurunan berat badan. Bacaan selanjutnya sila baca tajuk Kuruskan Badan Dengan Omega Guard Shaklee Badan Ramping Suami Tertawan.Risiko penyakit stroke dan penyakit jantung juga dapat dihindari. Sebagai makanan tambahan kita boleh mengambil Omega Guard Shaklee, sebarang pertanyaan boleh PM saya di:


OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega 3

Bacaan tambahan

Saturday, 9 November 2013 by Umi Awanis

Vivix Shaklee Rawatan Altenatif Melawan Penyakit Kanser

Semperna november ini bulan VIVIX Shaklee saya nak nak berkongsi berkenaan pemakanan atau diet bagi pesakit kanser. Ianya pasti berguna untuk anda yang mengalami kanser dan ahli keluarga pesakit sendiri.






Kita semua perlukan makanan seimbang bagi memenuhi segala keperluan badan. Tiada makanan yang dapat menyembuhkan kanser dan tiada makanan tertentu yang perlu dimakan jika kita menghidapi kanser tetapi beberapa perkara yang kita perlu titik beratkan seperti faktor pemakanan.



Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit kanser. Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan anda perlu meningkatkan pengambilan makanan. Corak pengambilan makanan anda juga akan terganggu. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat anda rasa lebih sihat dan bertenaga.

Kepentingan Amalan Pemakanan yang Baik


  • Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
  • Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan sembuh dengan lebih cepat.
  • Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan jangkitan.
  • Dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.


Memakankan pelbagai jenis makanan akan menolong anda mendapat segala nutrien atau zat yang diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk tenaga. Anda memerlukan tenaga walaupun anda tidak aktif seperti biasa. Oleh itu pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak perlu mencukupi.

Makanan berprotein juga  amat penting untuk memperbaiki tisu yang rosak dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman atau infeksi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran menyumbangkan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan.
Selain dari pemakanan yang betul, pesakit kanser boleh mengamalkan supplement sebagai satu alternetif untuk membantu rasa lebih sihat dan bertenaga. VIVIX , supplement Shaklee yang paling sesuai dan terbaik untuk diambil oleh pesakit kanser.

Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Tentang anti penuaan, mengambil Vivix bukan bermakna menolak untuk menjadi tua, tetapi menjaga diri kita agar tidak lapuk ditelan usia.

Secara keseluruhannya, VIVIX membantu menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan. 

 


Bagaimana VIVIX Dapat Membantu Pesakit Kanser?




Bahan-Bahan dalam VIVIX seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit kanser.


Vivix Shaklee dengan Resveratrol yang memang terbukti memudakan sel-sel tubuh yang juga beerti memberikan impak positif terhadap sel-sel tumor untuk tidak membiak kerana keupayaan sel tubuh memproduksi yang baru serta mengubah DNA dengan melambatkan penuaannya.

 Vivix bertindak dalam 4 mekanisma utama penuaan sellular.



1. Kerosakan DNA Setiap hari, setiap sel dalam badan anda dihujani oleh sehingga satu juta “penyerang hendap” yang boleh merosakkan DNA. Serangan ini boleh merosakkan pangkalan data genetik sel, mewujudkan “typo” yang boleh menjejaskan fungsi sel dan panjang umur. (Vivix mempunyai bahan-bahan yang membantu melindungi dan membaiki DNA sellular)

2. Pengawalan Genetik Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan sellular yang berkaitan dengan usia. (Dalam satu kejayaan utama, satu kajian klinikal baru-baru ini menunjukkan bahawa bahan-bahan vivix mengaktifkan pengatur utama genetik yang membantu menolak penuaan selular)

3. Penurunan Pengeluaran Tenaga Sellular Mithochondria (penjana tenaga) didalam sel mencipta tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mithochondrial menurun, fungsi sel turut menurun. (Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis / pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel)

 4. Pengumpulan Protein AGE
Pengumpulan lebihan “Advanced Glycation End” produk (AGE) boleh menyebabkan kerosakan selular yang boleh berkompromi Intergriti dan panjang umur sel. (Bahan-bahan Vivix adalah 10x lebih berkuasa daripada resveratrol pada AGE yang membantu memperlahankan pembentukan protein AGE)

Walau bagaimanapun, Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita hamil dan menyusukan bayi.

VIVIX Shaklee

Sunday, 3 November 2013 by Umi Awanis

VIVIX SHAKLEE Khasiat Terbaik Di Abad Ini Merawat Seluruh Badan

Jum Kongsi2 Vivix Shaklee bulan november ini



Vivix anti aging

Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Vivix Shaklee mengandungi 10 kali resveratrol yang mana mempunyai pelbagai khasiat. Resveratrol adalah nutrisi bioaktif pelindung yang biasa ditemui pada kulit anggur merah dan kacang tanah. Resveratrol berfungsi untuk anti-penuaan dan memperbaiki jantung serta mempengaruhi metabolisme lemak yang menyebabkan penurunan berat badan.

vivik kandungan

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


anti penuaan anti aging


Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix Shaklee. Vivix Shaklee sangat baik untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
    
Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.



Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
vivix fungsi

10 KEHEBATAN VIVIX SHAKLEE!!


1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix Shaklee telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit seperti

• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh



fungsi vivix shaklee

 Bacaan tambahan 

  

Monday, 28 October 2013 by Umi Awanis

Bantu kawal berat badan


berat-badan-lagi

Senaman akan membantu mengurangkan berat badan

Banyak masalah kesihatan bermula dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Kegemukan menjadi faktor risiko yang besar kepada penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, peningkatan tahap kolesterol, penyakit sendi dan beberapa lagi. Memandangkan anda mempunyai sejarah keluarga, secara umumnya anda lebih berisiko untuk mendapat masalah yang serupa dengan ahli keluarga yang lain.


Apa yang perlu sentiasa diingat bahawa anda masih boleh mengurangkan risiko mendapat masalah kesihatan seperti yang disebut dengan perubahan gaya hidup aktif dan juga amalan pemakanan yang sihat dan seimbang sebelum terlambat.
Mulakan dengan pengawalan makanan untuk mengurangkan berat badan. Kita memperolehi kalori daripada metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Kalori digunakan oleh tubuh untuk penghasilan tenaga. Tenaga diperlukan untuk fungsi asas tubuh seperti pernafasan, metabolisme dan sintesis sel-sel baru. Selain itu, tenaga diperlukan untuk aktiviti fizikal seperti bercakap, berjalan dan sebagainya. Ini akan membantu membakar kalori yang diperolehi daripada makanan.


Apabila wujudnya keseimbangan antara kalori yang diambil dengan yang dibakar, berat badan akan kekal stabil. Bagaimanapun, apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.


Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilan kalori mengikut keperluan tubuh kita. Sebagai contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 64 kilogram dan tinggi 160 sentimeter, maka indeks jisim tubuhnya (BMI) adalah 25 (berlebihan berat badan). Maka anggaran keperluan tenaganya adalah 1600 kcal/hari. Dengan itu, beliau perlu merangsang pengambilan kalori sebanyak 1600kcal/hari.


Untuk menjayakan usaha untuk mengawal berat badan, adalah penting bagi seseorang itu untuk merancang saiz hidangan dan menu makanan anda. Pilihlah makanan yang tergolong dalam Indeks Glisemik makanan (GI) yang rendah. Makanan GI rendah adalah lambat dicerna dan diserap, dan meningkatkan paras glukosa dan insulin secara lebih perlahan dan lebih bermanfaat untuk kesihatan. Manakala makanan dalam kategori GI tinggi pula memberi kesan sebaliknya. Kebanyakan sayur tergolong dalam makanan GI rendah. Roti putih, nasi putih, mihun goreng tergolong dalam GI tinggi. Contoh golongan makanan GI sederhana adalah nasi beras perang, capati, madu dan sebagainya.


Senaman secara tetap merupakan cara mengurangkan atau mengawal berat badan yang disarankan memandangkan ia semula jadi dan berkesan. Pengambilan astaxantin serta amalan senaman akan membenarkan pengangkutan lemak secara berterusan ke mitokondria untuk penjanaan tenaga berterusan yang kemudiannya membantu meningkatkan ketahanan dan stamina serta mengurangkan keletihan. Kadar pemulihan otot selepas senaman juga dipercepatkan serta mengurangkan pembentukan asid laktik selepas aktiviti fizikal yang intensif. Selain pemakanan seimbang, astaxantin juga mempercepatkan pengurangan lemak badan atau “pembakaran lemak” apabila digabungkan dengan senaman dan ia membantu dalam pembentukan bentuk badan dan otot.


Pengambilan astaxantin juga bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ia menghalang pengoksidaan kolesterol LDL dan ini menyumbang kepada pencegahan aterosklerosis. Ia juga memperbaiki tekanan darah tinggi. Pigmen yang diperolehi daripada mikro alga Haematococcus pluvialis ini yang merupakan antioksida poten yang juga membantu melindungi daripada kesan tekanan oksidatif akibat glukosa darah yang tinggi.


Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, 26 October 2013 by Umi Awanis

Khasiat Buah-buahan Dalam Diet Permakanan Seharian Kita

Nikmati Buah-Buahan



Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.

Bagi yang ada penyakit tertentu atau mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati-hati dan bersikap memilih. Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin tidak sesuai diambil. Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah penyakit buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana pengambilannya boleh memburukkan keadaan.


Khasiat Buah-Buahan:

Anggur/kismis

grapes


Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren

citrus-oranges

Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal

apples22

Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

Pear

pear1

Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang kaki

persimmon

Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga

mangga

Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.
Kiwi
kiwi

Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang

banana

Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.


 sumber: Berita Harian

 Bacaan tambahan:

 Kepada sesiapa yang nak mendapatkat Vitamin Shaklee boleh PM saya

 


Manfaat Vitamin C Shaklee Menjaga Kecantikan Dalaman Dan Luaran Terhebat!!


Pengambilan Vitamin C akan memberi banyak manfaat kepada kita seperti

1. Kekebalan :Satu dos yang sihat Vitamin C Shaklee dapat melindungi badan kita daripada jangkitan dan mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Ia juga meningkatkan keupayaan badan kita untuk membaiki luka dan menghalang kita kebal daripada bakteria, virus dan jangkitan. Vitamin C bukan sahaja satu komponen dalam sistem imun, tetapi ia juga diperlukan oleh kolagen sebagai protein struktur utama yang terdapat dalam tisu penghubung. 

Vitamin C diambil secara lisan atau dalam bahasa yanga mudah tanpa dimasak ianya membantu luka cepat sembuh. Vitamin C mengurangkan gejala sejukan dan bertindak sebagai antihistamine yang baik bagi mengurangkan kesan yang tidak menyenangkan akibat selsema , termasuk keradangan, hidung berair dan sakit.


Vitamin C Shaklee
Sila rujuk Vitamin C Shaklee

2. Disapu: ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas daripada pendedahan kepada sinar UV. Menggunakan krim atau losen yang mengandungi Vitamin C akan memberi kelebihan kepada kulit kerana dapat nyerap secara terus kebaikan Vitamin C.

3. AntioksidanVitamin C shaklee adalah antioksidan yang kuat dan berkesan yang melindungi badan kita daripada radikal bebas yang menyebabkan 'oxidative stress' atau " sel karat " yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang teruk seperti aterosklerosis yang boleh menyebabkan kedua-dua penyakit jantung dan strok.

4. Hipertensi: Vitamin C telah menunjukkan pengurangan kemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, serta masalah-masalah kesihatan yang serius yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. 

5. Saluran darah:  Vitamin C juga memastikan pengembangan saluran darah yang membantu melindungi kita daripada penyakit-penyakit tertentu seperti aterosklerosis , kolesterol tinggi dan sakit dada yang teruk. 

6. Mengawal ketoksikan badan: Vitamin C membantu untuk menurunkan paras plumbum dalam darah kita secara mendadak. Keracunan plumbum boleh membawa kepada pelbagai masalah tingkah laku dan pembangunan, terutamanya kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar. Ini membawa kepada masalah pembelajaran , menurunkan IQ dan pertumbuhan terbantut pada kanak-kanak . Bagi dewasa pula boleh mengalami kerosakan buah pinggang dan tekanan darah tinggi kerana tidak mengawal keracunan darah. 

7. Untuk penurunan berat badan:  Vitamin C buah-buahan dan jus yang terbukti untuk membantu orang ramai mengurangkan lemak dan mengekalkan berat badan yang sihat . Pakar pemakanan dan pakar pemakanan popular sentiasa memasukkan Vitamin C yang ada pada buah-buahan dan sayur-sayuran dalam carta pemakanan. Ini kerana terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa memakan makanan yang kaya Vitamin C secara tetap membantu untuk mengurangkan berat badan dengan ketara. 

8. Tekanan: Vitamin C membantu tubuh untuk menangani tekanan dengan mengurangkan paras tekanan, hormon dan kortisol. 

9. Katarak: Anak mata kita memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan betul. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak mata, di mana kanta menjadi semakin kabur dan menyebabkan penglihatan kabur seterusnya boleh membawa kepada buta. Pengambilan Vitamin C akan mengawal katarak dan meningkatkan jumlah aliran darah ke mata. 1000 mg Vitamin C Shaklee setiap hari akan menghilang dan meningkatkan penglihatan. 

10. Kanser:  Sifat antioksidan Vitamin C melindungi sel daripada kerosakan DNA dan  mutasi, melindungi dari kanser dalam jangka masa panjang . Ia menyokong sistem imun badan dan mencegah kanser tertentu membentuk sebatian daripada terbentuk di dalam badan. Ia mengurangkan risiko pembangunan semua jenis kanser termasuk paru-paru, mulut, tekak, usus , perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu menjana semula Vitamin E yang merupakan antioksidan lain yang kuat. Vitamin C tidak langsung menyerang kanser yang telah berlaku tetapi mengekalkan sistem imun dipelihara dan membolehkan pengawalan sel kanser. 

11. Tenaga:   Vitamin C Shaklee membaki sistem dalaman badan kita seperti: membantu dalam pengeluaran dopamine di dalam sistem saraf dan menyokong fungsi adrenal untuk tenaga metabolik meningkat. 

12. Penyakit jantung:  Vitamin C Shaklee mencegah penyakit jantung dengan menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membawa kepada pembentukan plak. Nutrien ini juga menyimpan kolesterol daripada pengoksidaan yang boleh menyebabkan strok jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diskawal dengan nutrien vitamin C. Kesemua faktor ini bergabung untuk membuat Vitamin C Shaklee cara yang murah dan mudah untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. 

13. Diabetes:  Pesakit kencing manis juga boleh mendapat manfaat daripada Vitamin C Shaklee ini kerana ia membantu untuk mengawal tahap gula, mengurangkan risiko mendapat diabetes. Menambahkan vitamin C dalam diet harian dapat membantu glukosa dalam sel-sel badan melindungi terhadap pelbagai komplikasi diabetes. 

14. Asma: Bagi kita yang mempunyai tahap rendah Vitamin C mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat asma. 


Vitamin Semulajadi

Tajuk tambahan Untuk semua


010813_Lazada_HAP_468x60_Set3